Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sebenarnya cerita ini sudah banyak
tersebar, tapi… saya hanya ingin berbagi kepada sahabat semuanya satu kisah yang
membuat saya terharu saat pertama kali membacanya….
Semoga kita senantiasa mampu
mengingat dan memaknai cerita ini untuk terus berbenah dan menjadi
berbekal,
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi
oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik
sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan
senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan tersenyum.
Biasanya
Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak
seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap
kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu
meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari
baginda.
Sahabat-sahabat agak heran dengan
sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW
menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di
antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya
bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan
semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang
tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati
yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan
Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya
tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah
SAW.
0 comments:
Post a Comment